Sunday 27 November 2011

Kalau Diberi Peluang Tengok Hantu Nak Terima Tak?




kalau jumpa macam ni nak lari ke nak pengsan?

Idea datang na tulis entry ni lepas tengok cerita Al-Hijab..Masatu aku terpikir,ada tak orang nak sangat ada kelebihan dapat tengok hantu..kalau aku TAK NAK!..sebab aku dah pernah nampak hantu..percaya tak??..tak semua orang percaya kan..betul tak?

Percaya or tak tu lah kenyataan..memang aku pernah nampak kat rumah lama aku..masatu aku darjah 3,aku baru balik sekolah agama pukul 6.40 pm macam tu la lebih kurang.aku nak masuk rumah, bila aku bukak pintu je,aku ada perempuan melintas depan aku. dari hujung rambut sampai hujung kaki warna putih..aku tau tu bukan manusia sebab dia melayang-layang macam tisu tandas..aku tau tu bukan mak aku sebab mak aku tengah sedap dok huhahuha dengan jiran aku..

Sejak tu,aku perasan aku paling senang dengar bunyi benda2 pelik or aku dapat rasa kalau ada benda yang tak kena.contoh

Situasi 1 :
Adik aku pergi rumah pak cik aku nak amek motor.ada la dalam 20 min dari rumah aku..adik aku pergi dalam pukul 6 lebih la (pm).benda peliknya jadi bila masatu dah maghrib,aku tutup tingkap semua tiba2 aku dengar suara adik aku yang pegi amek moto tu."along,tolong orang"..suara tu macam mendayu sangat..sebiji suara adik aku..2 kali suara tu aku dengar..aku pon jadi pelik + takut.tapi aku diam je la tak bagi tau sape2.malam tu rupanya2 adik aku eksiden tengah jalan on the way nak balik rumah.cara adik aku eksiden pon pelik jugak..

Situasi 2
Benda ni jadi masa raya tahun lepas..raya tahun lepas aku rasa kat tv banyak betul tayang cerita hantu..and mostly cerita hantu start pukul 11pm-1 am..aku memang layan cerita hantu walaupon penakot..ada 1 malam tu lepas habis tengok cite hantu aku masuk bilik la.sebelum tido tu aku layan mp3 kejap tapi pakai earphone sebelah je.paham kan?..apa yang jadi..tengah sedap aku dengar lagu,tetiba aku dengar suara orang bising2 tengah berbual tapi aku tak dapat dengar apa yang diorang bebual.aku ingatkan pakcik2 makcik2 atok nenek aku berbual..tapi tengok jam da pukul 1 pagi..aku pon cabutla earphone aku tu sebab nak dengar lagi jelas..tiba2 je suara tu terus senyap..ganti dengan suara katak..then,aku pakai balik earphone,suara bising2 tu datang lagi..dua hari berturut2 aku dengar benda yang sama..waktu yang sama..bape bulan lepastu..salah sorang dalam family aku sakit..pegi jumpa ustaz..dia cakap kat area rumah aku ada 'something'..benda tu duduk kat stor sebelah bilik aku..memang pelik bila aku sorang je yang dengar semua tu

ye tak semua orang percaya tentang hantu kan..NAK ATAU TAK NAK KORANG KENA PERCAYA SEBAB JIN,SYAITAN,IBLIS TU ADA.BUKTI???...BUKAK AL-QURAN..




P/S:nasib baik masa nampak tu,tak nampak muka dia..kalau tak....

Saturday 26 November 2011

Banyak Sebab Yang Aku Rasa Dah Fed-up Naik Bas

Bas (bas ekspres) memang jadi transport utama aku lagi2 time nak balik kampung...Sejak Akhir-akhir ni banyak benda yang buat aku rasa annoying sangat sampai aku pon da jadi malas nak naik bas..tapi nak buat macam mana..tu je yang ada kan..kalau harga tiket kapal terbang sama dengan tiket memang aku dah naik kapal terbang..boleh cuci mata tengok pramugara yang jambu2..hehe..Kenapa naik bas boleh buat aku annoying??..

  • Langsir bas warna hitam dan berbau  
Aku memang tak boleh duduk dalam bas pastu langsirnya warna hitam walaupon warna sebenar dia merah.pastu berbau pulak tu..adoi memang pening la aku..nak tahan duduk dalam tu 3jam.tak tau la penyakit apa aku ni..yang penting bukan penyakit keturunan.
  •   Bas laju macam kilat,lambat macam siput sedut
Hah yang ni pon satu hal..da cepat-cepat sangat..dah lambat lambat sangat..dapat driver yang gila tekan minyak..sampai berapa kereta dia motong sekali gus..huiiihhh kalau aku ada nyawa spare macam tyre spare tu takpo jugak..pastu kalau dapat driver yang slow..ya ampun..melaka-jb yang patotnya 3 jam jadi 4 jam..memang hangin..aku rasa macam nak tolong driver tu tekan minyak je.
  •  Menunggu orang 
Dah tau bas pukul 2.30 gerak la dari rumah satu jam awal ke..setengah jam awal ke..ni pukul 2.30 time tu la kau baru nak gerak kan..ada sekali tu bas terpaksa delay dekat 20 min..sebabnya ada sorang budak ni tak sampai2 lagi..kawan dia merayu mintak tunggu..aku memang hangin betul..aku setengah jam awal dah terpacak,tapi terpaksa pulak tunggu orang lain
  • Bas takde air-cond
Ni satu hal lagi..nama je bas ekspres tapi mengalahkan bas ting tong..naik bas ekspres..tingkap semua tertutup pastu tak de air-cond..duduk pulak 3 jam..memang dalam sauna la kan..masa tu aku rasa nak pecah kan tingkap bagi angin kelua pastu hulur kepala bia angin banyak masuk
  • Makan kuaci
Yang ni memang aku GERAM,ANNOYING sangat-sangat..duduk dalam bas..3 jam..dengar bunyi kuaci memanjang..tak berhenti-henti pulak tu..heran pulak aku..tak kebas pulak mulut ekau ek..da macam hamster aku kat rumah dah gayanya makan xberenti-renti..kalau setengah jam aku boleh terima lagi..ni sepanjang jalan tu nak makan..aku ni tukang dengar je bunyi kuaci tu..cuba passing sikit..sejuk ati ni..







P/S : walau apa pon masalah still kene guna bas jugak..terpaksa bersabar

Saturday 19 November 2011

Gambah Lucah Makin Bersepah Kat Facebook..




 

   
TOLONG JANGAN KOMEN!!

Tolong jangan komen gambar lucah kat facebook!!..Ye aku memang panas hati..lately ni,aku tengok bersepah betul gambar lucah kat facebook..masuk hari ni dah berkeping-keping jugak yang masuk kat FB aku..Yang buat aku hangin tak ingat,bila ada salah sorang dari friend list aku..ok bukn salah sorang lagi tapi dah berorang-orang aku rasa yang komen gambar-gambar tu..bila mereka-mereka ni komen gambar tu,so automatik aku pon leh tengok gambar-gambar tu..naik juling dah aku tengok-tengok gambar tu..

Entah dari mana gambar tu diorang kutip kan..macam2 gambar..yang gambar pakai tudung tp bawah semua terbukak,yang lagi gempak takde nak tutup2 dah..semua terbukak..aku tak tau la perempuan2 ni nak memang ada cita2 nak photoshoot kat majalah playboy..

Yang 'model' satu hal..tukang komen pulak satu hal..punye la rancak korang komen kan.."wah cantiknya".."wah mantapnya".."wah..so gorgeous"... banyak wah korang kan..agaknya masa tengok t mulut terlopong habis..Gua Musang pon kalah agaknya..kalau lalat masuk,pastu keluar balik pon mesti tak sedar..kalau dah tak sabar sangat nak tengok semua tu.pergi kumpul duit cepat2 pastu kahwin..kalau tak cukup duit nikah je dulu,sanding2 kemudian..

Aku macam nak ajar je semua mak ayah (mana yang tak reti) bukak akaun facebook..bia diorang tau apa yang anak diorang buat..bia semua lebam2,berbirat-birat,berbelai-belai kena tibai dengan mak ayah..mastu aku cakap kat korang "wah mantapnya...wah..so gorgeous..."..hahaha padan muka






P/S : aku taknak upload gambar tu sebab ia mengaibkan si 'model' tu..walaupun dah dikaburkan ke,atas niat nak bagi pengajaran ke..tetap mengaibkan 'model' tersebut..

Monday 14 November 2011

Lelaki Ego Semasa Drive Kereta

 
VS 
  



 Lelaki ni ego time drive kereta..any objection??..betul ke tak??..aku rasa betul sebab ikut observation and experience aku jugak la.**sila jangan marah aku :p

Kalau drive kereta,SESETENGAH orang lelaki mesti tak bagi perempuan yang bawak..Orang lelaki tak percaya perempuan yang bawak..diorang rasa diorang lagi bagus bawak kereta dari perempuan..dah terdesak baru la suruh perempuan yang bawak..dengki gila kan korang ni

Kalau tengah bawak kereta,tetiba kereta kat depan lembab semacam je sampai basikal pon boleh potong mesti diorang cakap " ni mesti PEREMPUAN  yang bawak ni"..ayat tu mesti tak lari dari mulut sang lelaki ni kan..pastu bila da motong kereta lmbab tu pastu tengok :

LELAKI YANG DRIVE : ooo lelaki rupenya yang bawak ingat kan perempuan..

PEREMPUAN YANG DRIVE : da agak da perempuan yang bawak.memang lembab betul la!
huh! korang memang dengki..Tahukah anda, sebab bawak cepat la eksiden,sape drivernye LELAKI jugak..bila ramai yang kena saman..sapa drivernya LELAKI jugak..



 
P/S : nasib baik la Malaysia tak macam Arab Saudi..perempuan tak boleh drive..


Thursday 10 November 2011

Review Filem Abuya :Tak Faham la..

 *ihsan cik google


filem ni kua 10 Nov 2011..member aku ajak pegi tengok..so ikutkan je la..start masuk je da start seram dah
seramnya sebab aku n member aku je yang ada kat dalam tu..hoi mesti lah meremang kan..xlama pastu masuk dua orang lelaki..masuk lagi sorang laki n masuk sorang lagi laki..total 2 org perempuan 3 lelaki..

memang patot pon cerita ni untuk 18 tahun ke atas..sebab banyak jugak scene2 yang menggairahkan..aku pon cuak jugak..sebab aku n member aku je perempuan..ciss ketakutan da merayap dalam urat..aku rasa nak lari keluar tapi member aku boleh terlopong tengok..

filem ni kisahnya pengikut yang terlampau taksub sangat dengan ketua dia..sampai lantai bekas ketua dia pijak pon dia sanggup jilat..air celup kaki ketua dia pon sanggup minum sebab keramat katanya..aku memang da geli da..aku terbayang kaki dia ada cagu ke taik ayam ke...

Scene Sedih : bila ada sorang ni kena rejam sampai mati..hukum Islam kononnya..batu yang dia baling mak datuk..punye la besar..

Scene Tak Tau Nak Komen : Jue Aziz tengah baring kat atas katil tergolek ke kiri tergolek ke kanan..kaki kiri bergesel dengan kaki kanan..mata pulak kejap bukak kejap tutup..kena ulat bulu ke hape pompuan ni..tapi tak pulak lompat2...bila da tengah cerita tu baru tau rupe2nya dia tengah st**..cehhh!!

overall cerita ni ok2 je,tapi ending dia aku tak paham..apsal ending dia tetiba berperang dengan orang thailand pulak?? paling bengang tetiba hujung2...ABUYA 2..cehhh!! bersambung rupenya..



P/S :tak tau la pendapat orang lain macam mana..

Wednesday 9 November 2011

Kenapa Tak Boleh Letak Iklan Churp2 Ni??

Ni entry mintak sedekah namanya..aku try nak letak iklan budak ChurpChurp ni..penat aku copy link campaign tu tapi tak boleh jugak..dari petang tadi sampai la aku stop kejap makan pisang goreng sambil jerit2 gol masa Malaysia vs Thailand..pastu sambung balik buat lagi

Tutup laptop,mandi bukak laptop semula..copy lagi..rehat kejap tengok berita..main dengan boboy..tunggu turn guna laptop..da dapat bukak lagi..copy lagi link tu..jari dah mula buat bunyi tulang rapuh..lenguh..bila patah kan jari secara serentak keluar la irama tulang rapuh..ppraaappp!!..ha amek kaw!..tapi tetap tak boleh..ada sesiapa boleh tolong tak?? sharing is caring kan??..jangan jadi macam member aku,bagi dia sharing is dying..
Memang terok..please help me ok...Blogger otai ke blogger newbie ke tolong ea...please..




Perlu Ke Bagi Sedekah??




*ihsan cik google

setiap orang nasib,rezeki kadang2 tak sama..walaupon aku tak kaya tapi setakat ni aku tak pernah rasa lapar..kecuali time malas masak ataupon mogok lapa sebab merajuk hehe..kat mana2 selalu jumpa orang mintak sedekah sama ada bertauliah atau tak..yes,sedekah itu penting dan patut kita buat sebab

"Sebahagian rezeki kita adalah milik orang lain"

 sedekah pulak mesti niat SEIKHLAS HATI kan..Honestly,kadang-kadang aku jadi tak ikhlas nak sedekah sebab

SITUASI 1

aku duduk makan kat kedai A..datang sorang hamba Allah ni jual sticker n katanya duit jualan tu nak sedekah ke anak yatim..ok aku beli..esoknya pergi duduk2 kat shopping complex, datang hamba Allah yang lain jual benda yang sama..ok aku beli..selang berapa hari,duduk kat kedai makan datang lagi jual bnde yang sama n cakap benda yang sama.aku da start ragu2,n terpikir betul ke duit tu pergi ke tempat yang betul..kebetulan,aku takde duit kecik nak bagi,so aku dengan sopan santun,tolak cara baik..then orang tu cakap "dalam islam sedekah tu perlu..kalau hidup nak aman,bahagia kena banyak sedekah" 
Then terpikir, tu derma ikhlas ke paksaan ek??


SITUASI 2

bila orang yang mintak sedekah tu cukup sifat.sihat..kadang2 jadi ragu2 nak sedekah sebab takut kena tipu.Masatu aku dengan family tengh duduk makan,datang sorang budak lelaki ni datang kat kitorang.Dia mintak tolong kat ayah aku,dia nak mintak duit sikit sebab tayar motor dia bocor,dia takde duit..ayah aku pon bagi la..hari ni hari dia,esok hari kita pulak mana kita tau ..bak kata ayah aku..bape minit lepastu,ayah aku tergerak hati toleh kat stesen minyak kat area situ,then ternampak budak lelaki tadi,elok je start moto dia terus blah..terkilan kot kat situ..bukan kedekut tapi perlu ke mintak sedekah@tolong dengan cara kotor macam tu?


 

P/S : sedekahlah pada yang memerlukan

Trend Kahwin Muda- Bagus atau Tak?



 
*ihsan google

wahh..aku tengok ramai jugak dah kahwen muda..time belaja pon ada..aku merasa kahwin muda pon masa kecik2 dulu..entah anak sapa2 je aku rembat buat laki..ada anak yang merengek-rengek mintak makan..cuba bila da besar ni mintak kahwen,mau berpusing kepala aku macam gasing kene tempeleng dengan ayah aku

ye ayah aku memang garang! tapi baik :).. kat kampus aku, da ramai yang tunang ada jugak yang dah kahwin..bestnye..balik dari kelas je da ada orang tunggu

"baru balik kelas ke?kesian awak penat ea..awak tak payah masak la..kita makan lua je"

 tak ke best macam tu..pastu boleh tengok cerita Cinta Elyssa sama2..pastu part2 romantik..boleh tersenyum,tersiput2 malu sambil-sambil jeling laki kat sebelah...pastu bangun pagi tak payah pakai alarm handpon lagi dah (pasang alarm pon bkn dengar--->aku la tu)..sebab dah ada orang yang kejut kan.... :)

ramai parents yang tak setuju kalau kahwin masa muda especially time belajar(---> parents aku T__T)..tapi ada jugak parent yang tak kesah..Parents yang tak bagi tu bukannya apa..sebab diorang tau anak diorang tak cukup sipat lagi nak jadi bini/laki orang..ayat mak aku pulak

"nak kahwin konon..masak asam pedas pon tak lepas lagi"

sampai sekarang aku dok pikir..apa kena mengena asam pedas dengan kahwen?? lelaki memang wajib mintak bini masak asam pedas ke?? ke memang mak mentua wajib suruh menantu masak asm pedas??..takde jawapan

bagi yang kawen awal tu takde masalah..ada jugak baiknya..mana tau kahwen time belajar ni boleh buat semangat belajar membara-bara macam lagu jalur gemilang tu..ada orang yang boleh jaga kita..yelah mak ayah jauh..benda yang baik tak salah dicepat-cepatkan..hehehehe



P/S : kena pandai seimbangkan tanggungjawab la ye.. 

Monday 7 November 2011

Kenapa Perempuan Tak Digalakkan Jadi Tukang Sembelih?

Ni entry sempena Aidiladha la konon2nya...Biasanya lelaki je kan yang jadi tukang sembelih..Kenapa takde perempuan..sedangkan syarat sah sembelih takde pun cakap lelaki je yang boleh sembelih,,sebbnye pompuan ni emosi..GEMBENG..Mana tak emosi,tengok cerita korea nangis,tengok cerekarama nangis,baca novel nangis ( aku la tu hehehe)..kang kalau pompuan yang jadi tukang sembelih..bukan darah lembu yang banyak..tapi air mata yang melimpah2..da tak boleh makan

Seumur hidup aku,aku pernah sekali je tengok orang buat korban..memang SUMPAH..sedih gile..aku tengok mata lembu tu berair je..ak mcm tengok dia cakap.."tolong..tolong"..sekali pakcik tu benam je pisau..darah da membuak2..dia da menggelupur..air mata aku pun da membuak2..ak pon macam nak benam je pisau tu kat pakcik tu..terus je lari balik umah

balik rumah mengadu dengan mak..dengan harapan mak pujuk tapi rupenya...

"da,ko tak boleh makan daging tu"

"kenapa?"

"kalau da ada rasa kesian tak boleh makan"


em..lepastu terus aku taknak tengok lagi..kesian satu hal..tak dapat makan satu hal..mana tahan beb tengok ayah aku wah bukan main syok lagi dia makan sup gearbox,,siap dengan straw lg..aku pulak makan telor goreng je...da pasni orang2 yang macam aku tak payah mengada2 nak tengok orang sembelih..tapi kalau sembelih ayam aku tak kesian macam hiburan pun ye..sebab ayam boleh terbang2 masa dia nazak..masa kecik2 aku selalu ketawa tengok ayam tu terbang..da besa ni tak sanggup lak ketawa T_T..

cube bayangkan kalau lembu pon boleh terbang??..walawehh tak dapat bayang kan

tak kesian ke T_T **ihsan cik google


P/S: teringat video lembu terbang yang gaduh dengan sorg lelaki ni sebab lelaki ni nak amek susu dia..