Wednesday 25 May 2011

Macam Mana Agaknya Jadi Minah Kilang???





lepas seminggu aku duduk melaka tunggu keje tak dapat2,ayah aku guna kuasa veto dia
"takde keje jugak balik rumah..tak payah nak duduk situ lama2.keje kilang je"..
untuk elak jadi si tanggang moden aku pon balik rumah la. yang aku rasa nak ngamuk
1 kampung ni sebab bila aku kat kampung aku dapat 2 call cakap aku dah boleh start keje..
mau tak hangen aku..time aku stay melaka takde 1 call pon yang nak bagi aku keje T_T..

sampai je rumah (kat kampung) ak dh nampak 1 kertas pasal keje kosong kat atas meja
OPERATOR,CLEANER,PENGAWAL KESELAMATAN...pengawal keselamatan confirm la out kan
tinggal cleaner dengan operator..kalau ikutkan aku taknak keje kilang..bukan sebab malu
tapi penatnya berganda-ganda tapi gajinya lebih kurang sama je macam keje kat jusco yang aku mintak
tapi dah takde pilihan kan..keje kilang pon keje kilang la..penat belakang kira..
tengah dok bincang pasal keje ayah aku awal2 dah warning
"jangan nak memilih kerja.kalau cleaner tu ada kosong ko amek je.cari pengalaman"

cleaner??? gulp!!..bukan nak pandang rendah dengan keje cleaner tapi sebab attitude aku..
attitude aku memang teruk..haha..mana taknya,kalau aku g toilet awam tu, klu aku masuk then
aku ternampak ada harta karun dalam tu spontan trus cari toilet lain
takde maknanya nak tolong flushkan..so, kalau dah macam tu layak ke ak jd cleaner 
yang akan jumpe beratus2 harta karun dalam masa 3 bulan ni...aduuuiiyaiiii...
klu aku cakap macam ni kat ayah aku mesti ayah aku cakap...
"NAK SERIBU DAYA,TAKNAK SERIBU DALIH" hambek ko..makan dalam haha


P/S : memang susah rupanya cari kerja ni...

Tuesday 24 May 2011

Sedap Sangat Ke Daging B**i??

kalau ikutkan aku takde mood nak buat entry untuk arini...semua ni sebab tak dapat cari kerja..
habis semua status facebook aku cakap pasal tak dapat keje..
tapi takpe la failed cari keje ni tak la sebesar failed dalam exam..failed dalam exam tu boleh buat orang bunuh diri tau..nauzubillah...ak dah terbayang muka aku jadi mayat...ok stop!! taknak cite pasal ni


apa yang buat aku tertarik nak buat entry ni sbb ada la 2,3 orang kawan2 facebook post entry
cakap pasal makanan yang agak famous kat Malaysia tapi TIDAK HALAL..antaranya

IKEA MEATBALL



ramai yang cakap meatball ni sedap..aku tak la pulak kan sejauh mana sedap dia..sedap dia
sampai kite boleh jerit heaven kuat-kuat ke??..entah la aku pon tak tau sebab tak pernah try
aku makan meatball ni pon dalam yeong tau fu..yang tu aku boleh cakap heaven..meatball ni dikatanya ada daging B**i..sumber dari http://andyhowtt.com/gempar-angry-birds-nak-menyerang-ikea/


SECRET RECIPE



yang ni bila aku tau tak nak macam frust pulak aku kan..dah la favorite aku w.pon tak selalu beli..
tup-tup-tup tau kek ni dah tak boleh makan sbb ad binatang kaki pendek tu..kenapa la makanan yang sedap2
mesti ada kau la pendek oi...aku tau info ni pon dari blog
 http://anakmuaallaf.blogspot.com/2011/05/secret-recipe-tidak-halalawas.html

**********
aku pelik la..kenapa setiap makanan yang dicop tak halal tu mesti ada kaitan dengan B**i??..
kenapa tak anjing ke? tenggiling ke?...kenapa mesti si pendek tu?
sedap sangat ke??..tetiba ada suara jahat berbisik "kau pegi lah try..kau tak try mana kau nak tau"
nauzubillah..tak guna punya syaiton..sesuka hati nak bagi hitam hati aku...
aku pernah tengok satu video ni uji kaji kat daging B**i..
bilang tuang air coke atas daging si pendek tu..then bia dlm 1-2 jam...
tak lama pastu kua berduyun2 ulat..tak tau la kenapa..air coke tu terlebih power ke?


P/S: masa nak tulis entry ni, asyik nak tulis nama penuh si pendek tu je.. :p


Sunday 22 May 2011

Pasangan Tak Berpendidikan Tinggi..Salah Ke??

Ni la padahnya terpengaruh dengan novel dengan tv...Antara Dua Darjat..
yang kaya mesti dengan kaya..yang miskin dengan yang miskin..
yang pandai dengan yang pandai...yang kurang pandai dengan yang kurang pandai
ye,memang tak dinafikan zaman sekarang perlukan duit..pergi ke mana-mana semua nak duit
jadi memang sangat perlu la kan untuk dapat suami yang pandai supaya dapat kerja bagus-bagus..

masa aku sem 1,ad sorang lecrer English aku..memang aku ingat ayat dia sampai bila2 n sampai 
sekarang aku memang sangat terasa...dia cakap
"kalau awak tak pandai,pilih pulak pasangan yang tak pandai..memang tak pandai la anak awak"
aku tak tau la dia pakai teori mana..mungkin oversea pny kot (dia belaja kat oversea)
aku start berpikir...bodoh ke aku ni??..mak aku xhabis sekolah..ayah aku pon tak belajar tinggi..
jadi aku dengan adik2 aku ni bodo ke? tak pandai ke..walaupon aku dah masuk U,aku tetap dikira tak pandai jugak ke??....entah la..rata2 budak kelas aku semua terkejut dengar lecerer aku cakap cmtu

kalau tanya aku...aku sikit pun tak kesah dapat suami yang tak belajar tinggi
asalkan dia RAJIN..rajin nak ubah diri...rajin nak bantu diri sendiri n family
sebab bagi aku penentu kejayaan orang tu letaknya pada ATTITUDE..
kalau ko bijak mana pun tapi ATTITUDE HANCUR ko akan tergolek jugak
tapi ada sesetengah parents malu kalau anak dia pandai dapat menantu tak pandai



P/S : doa2 je la supaya dapat jodoh yang terbaik...

Saturday 21 May 2011

Anak Haram Menuju Syurga, Anak Halal Menuju Neraka


Anak Haram Menuju Syurga, Anak Halal Menuju Neraka

pernah dengar macam ayat kat atas tu??..aku pon baru dengar 3bulan yang lepas
daripada member aku..bila member aku bagi ayat tu buat aku terpikir..
ada betulnya ayat tu...bila dunia dah nak terbalik ayat di atas sangat relevan untuk diguna pakai
TAK SEMUA tapi KEBANYAKAN...pernah terfikir???
lepas member aku bagi tau baru aku terpikir...
memang tersentap sekejap aku bila member aku terangkan maksud ayat tu..
aku terpaksa terima apa yang dia cakap sebab tu KENYATAAN zaman sekarang


gambar ni ada kena mengena dengan ayat diatas






P/S : Fikir-fikirkan lah..

Friday 20 May 2011

Ewaahh..Melampau Korang Yer...

Tadi aku pegi la usha2 keje...saja cuba nasib..try cari kat kedai kasut...
masa aku pegi tu ramai customer kat kedai tu...sambil aku isi borang sambil melilau la
 mata aku tengok kedai tu.aku isi2 borang pastu aku kena la interview sekejap
dah lepas interview manager tu **rasanya manager kot..manager tu cakap bila boleh start
aku cakap la as soon as possible..dia angguk3..angguk punya angguk dia cakap tunggu isnin ni..sebab kne anta offfice dulu...ak pon angguk jugak la tp dalam hati macam nak tonjol je dia..hahaha
tak baik...tapi tengah geram tu..aku melilau lagi mata aku..tetiba..

wahh amoi ngan bf dia sempat kiss2  lagi depan mata aku..aku pelik betol la..
beli kasut pon bole menaikkan n***u ke?? memang pelik..
yang tak boleh bla bf amoi tu lepas kiss tengok sekeliling pastu bertembung dengan mata aku
dah tu nak tersipu2 sambil wat muka "mintak2 la bdk ni tak nampak apa yang aku buat"

aku pon tak nak kalah..aku pon tengok dia sambil buat muka jgk..
"haha ko tak payah nak elak2..aku dah nampak dah"

aku tengah pening cari keje kau plak buat drama depan aku ye...




P/S : lain bangsa lain budaya....

Perihal Jamban Duduk


mak aku paling tak suka jamban duduk ni...geli katanya
dulu-dulu aku tak kesah pon..aku main taram je..janji lepas hajat sudah..yang lain2 belakang kira
tapi bila mak aku cakap je "kau tak geli ke nak kongsi2 duduk kat jamban tu dengan orang lain?..bukan sorang tau..entah2 ada kurap ke orang tu"..

hahaha mak aku punya ayat.memang mak aku ni penggeli..bila mak aku dah cakap macam tu aku pon dah start terpengaruh..terus la aku jadi geli jugak..lagi2 klu kat tandas awam kan..macam2 jenis orang ada
lagi2 klu orang afrika ke negro ke yang pakai...haha memang diskriminasi tol

aku klu kat tandas awam macam kat shopping complex..memg aku pilih jamban biasa@cangkung punya..kalau dah terdesak baru la aku pilih jamban duduk..bukan geli apenya..
yang aku geli kat jamban duduk ni sebab kadang2 ada melekat T**K...D***H
pastu nak aku guna..memang tak la..terasa kuman2 tu naik kat badan aku...ececeh

Conclusion: Katakan Tidak Pada Jamban Duduk


P/S : agak-agak ramai tak yang tak kesah kongsi jamban duduk dengan orang lain?

Thursday 19 May 2011

Handphone Sangat Berbahaya!!

housemate aku ada cerita..adik kawan dia...muda belia lagi 
disahkan oleh doktor yang budak tu positive BREAST CANCER...
ni disebabkan habit dia yang suka letak handphone kat dada..
ala biasa la kan kalau tido tu..mesej2 ke call dgn boyfriend..kadang2 xsedar dah tertido
xperasan pon handphone tu tercampak kat mana... 

tu la yang berlaku pada adik kawan housemate aku..kesian kot dia..
xpe la dah ujia untuk dia..doakan la dia cepat sembuh




P/S : kalau laptop letak kat riba ada effect apa2 tak??..psstt lelaki pon boleh kena breast cancer tau..ingt tu

Blog Aku Simple Dan Kemas

penulis senja

tengah dok jalan kat blog blogger lain terperasan la satu segmen ni..dianjur kan oleh PENULIS SENJA
segmen ni nak mencari blog yang kemas n simple...tak boleh ada MUSIC n WIDGET YANG MERAPU..
kenapa aku join???...
aku pon tak tau aku ikut syarat ke tak masuk segmen ni..tp try je la kan.. :)
 Blog Penulis Senja a.k.a PS ni memang simple..tak la serabut kalau pegi blog beliau
follower pon ramai compare dengan aku T_T..

kenapa aku nak masuk bloglist PS???

mungkin sebab aku still baru lagi dalam dunia blog..so aku perlukan blogger yang dah senior untuk guide aku blogging supaya blog aku lebih mantap...boleh ke??? hehe


P/S : Nak join sila klik nama Penulis Senja yang dah aku link kan tu ye

Wednesday 18 May 2011

Perangai Manusia Yang Aku Rasa Annoying..

1) Bawak Beg Girlfriend

Aku tak tau la kenapa aku sangat tak berkenan dgn lelaki jenis ni..kot ye pon nak tunjuk romantik takde cara lain ke..lagi haru kalau beg tu beg kaler pink...adoyai...yang girlfriendnye pon satu..nak uji boyfriend pon jgn la nak guna cara tu..ni kat pandangan mata aku la..mata org lain xtau la plk kan

2) Pandang Orang Lain-Sinis

biasanya perempuan la..ada la sesetengah perempuan yang rasa diri dia lebih bagus kot dari orang lain pandang orang lain dengan sangat sinis..biasanya yang buat ni perempuan2 yang dressing dia maut n up to date (yang aku jumpa la.xtau la kalau ada perempuan pkai baju kurung buat jugak pandangan sinis tu)..ala setakat pakai seksi2,pakai skirt nampak peha gebu tu, pakai baju nampak ketiak...aku xheran la beb..xhadap pon dengan baju2 kau tu..sebab aku lagi KAYA dari kau..sebab..aku boleh beli baju yang boleh tutup badan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki..Kau pulak??..hahaaha

3) Marah Anak Depan Orang Ramai

Aku tau kadang2 budak2 kecik ni suka buat perangai time tengah berjalan2..lagi2 kalau dia nampak barang yang dia nak tapi xdapat..mau tak berguling tengah2 orang ramai tu..kadang2 bingit la jugak kalau dia menangis menjerit2..tapi yang tak sedapnya bila parents jugak ikut jerit2 marah anak dia..kan tak sopan tu orang tengok..orang lain tengok pon geleng2 kepala..kalau budak kecik yang jerit2 comel la jugak..tapi kalau dah bapak budak,mak budak yang jerit2...comel ke??..ish3

4) Mak/Ayah Tertinggal Kat Belakang

manusia spesies ni aku jumpa  yang dah berkahwin la..konon2 tak nak lupa mak bapak..so pegi jalan2 ke supermarket ke bawak la mak sekali sebab nak bagi mak makan angin..tapi apa sudahnya..jalan kat depan gurau2,ketawa2 dengan anak bini/laki dia..Mak AYAH???...tuuu hah kat belakang diorang..ikut je mana anak diorang pegi..kekanan anak dia pegi ke kanan la orang tua tu ikut..haisshhh

Tuesday 17 May 2011

Aku Takut Gelap Angkara Lelaki Gelap Itu




walaupon aku ni sorang yang penakot..tapi aku tak pernah takut utk tido kalau takde eletrik..
aku sangat trauma dengan gelap..tido sorang2 dalam keadaan gelap...
semuanya sebab LELAKI GELAP itu..sapa lelaki gelap tu??..boleh baca entri ni

macam mana aku boleh jadi trauma??...ceritanya macam ni..
hari kedua lepas kejadian tu...malam tu ak seolah-olah bermimpi..
ada orang ketuk bilik ak tengah2 malam tapi aku tak bukak sebab teringat mak aku pesan..jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk..ak pon bia kan je la sebab aku yakin pintu tu aku dah kunci..
tiba-tiba pintu tu terbukak n lelaki tu terus terkam aku n tindih aku
gaya dia macam nak r****...mesti tau kan ap tempat kosong tu..aku tergamam
aku tak tau nak buat apa..aku takut sangat sampai tak terkeluar suara nak jerit..
masatu aku selubung dengan selimut sampai ke muka...aku tepis2 n tolak2 dia utk halang dia dari wat yang bukan-bukan......

aku dapat rasa badan dia masa aku tolak-tolak dia...tiba-tiba dia cakap
"ESOK PETANG AKU JUMPA KAU LAGI"
lepas dia cakap ayat tu..dia terus hilang n aku tersedar..tapi hati aku kuat cakap tu bukan mimpi
sebab ak pernah jugak mimpi yang buruk2 tapi bila bangun aku tau tu mimpi
tapi dengan lelaki gelap tu aku rasa tu bkn mimpi..ak rasa aku dalam realiti..

esok pagi aku kemas barang terus balik kampung..tapi biasalah ramai yang tak percaya..
semua cakap tu mainan tido..puas aku terangkan..aku tau bila masa aku mimpi bila masa bukan
tapi semua xboleh accept termasuk parents ak..ok fine..
malam esoknya saje la g rumah pakcik aku sebab dah lama tak jumpa...
ayah ak n pakcik aku rancak berbual-bual
tetiba pakcik aku tengok aku n dia pon tanya :

pakcik:ada budak lelaki kacau kau tak?
aku:setakat kacau-kacau biasa tu ada la
pakcik: ada tak lelaki gelap2 kacau kau
aku:tak ada kecuali masa malam tu la(aku ceritakan hal sebenar)
pakcik:umo dia dah berusia jgk kan..
aku:haah..dalam 30++
pakcik:memang dia la yang kacau kau tu...


aku terkedu sekejap bila pakcik aku cakap macamtu...maknaya apa yang jadi kat aku..lelaki gelap tu datang...tindih aku..tu semuanya betul..bukan mimpi..kalau tak macam mana pakcik aku boleh tau ciri-ciri lelaki gelap tu..padahal aku takde bagitau dia pon..aku percaya dengan pakcik aku bukan sebab dia bomoh tapi sebab dia memang ada kelebihan..tambah2 dia orang-orang masjid..selalu berjemaah pergi masjid..
bukannya macam2 bomoh yang tak boleh pakai..
sejak tu baru la family aku percaya dengan apa yang aku cakap..aku tau tu bukan mimpi


P/S: trauma dengan semua lelaki yang gelap..bukan nak sifat perkauman tapi....entah la

Kisah Benar Kematian--->Akibat Derhaka Kepada Ibu

Kisah ni diceritakan oleh salah sorang lectrer ak...dia cerita dengan harapan setiap orang dapat ambil iktibar
dan jangan sesekali derhaka pada ibu bapa kita...kisah ni berlaku pada salah  sorang kwan lecrer aku..semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya..

arwah seorang perempuan..sangat alim..sangat taat kepada suami dia..seorang hafizah..
dia boleh membetulkan bacaan Al-Quran orang lain tanpa melihatnya...
means..dengan mendengar je dia boleh detect kat mana bacaan yang salah...
hebat kan...semestinya orang yang hafaz Al-Quran ni dijanjikan ganjaran yang sangat lumayan daripada Allah

ditakdirkan berlaku salah faham antara suami arwah dan ibu arwah..
arwah dalam dilema..dia berada di tengah-tengah..kiri suami..kanan ibu...
seorang isteri,syurga di bawah tapak kaki suami..jadi arwah memihak kepada suaminya tanpa sedar dia telah berkasar dengan ibunya....

ditakdirkan juga 1 hari ni arwah meninggal dunia..tetapi yang sgt menyedihkan urusan pengebumian arwah sangat lambat..bermula di hospital..jenazah arwah terbiar berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk mendapat pengesahan kematian daripada doktor

di rumah pula...Allah telah menunjukkan kuasaNYA..apabila jenazah arwah berbau sangat busuk..menurur kata lecrer ak bau tu melekat kat baju dan tak hilang walaupon di basuh berkali-kali..-
jenazah arwah juga dihurung serangga yang selalu hinggap kat pisang yang dah nak hampir busuk
 (lupa apa nama serangga tu)...semasa jenazah masih terbaring di ruang tamu,suami arwah dan adik arwah bergaduh..makin melambatkan pengurusan jenazah...agak sedih jenazah orang alim..hafizah..ditunjukkan kematiannya dengan cara mcm tu..setelah diselidik rupa-rupanya ibu arwah berkecil hati dengan sikap arwah..


tengok..hebat kan kuasa Ibu..ibunya cuma berkecil hati sahaja..tetapi azab yang diterima sangat dasyat..
kisah ni bukan nak mengaibkan sesiapa tapi amek la sbgai pngajaran...ingat la betapa hebatnya kita..bagusnya kita..tetap xboleh lawan kuasa ibu..


P/S : kuasa seorang ayah juga tetap hebat

Diskriminasi Kat Malaysia!!

ingatkan nak tulis entry ni semalam tapi xde mood la...gara2 pegi cara kerja...xpernah2 ak melilau dari hjung jusco ke hjung jusco lg 1..semata-mata nak cari kerja ......apa yang aku dapat???...penat...xpuas hati..panas hati

aku ingatkan Malaysia ni dah cukup demokrasi tapi rupa-rupanya tak...still wujud lagi diskriminasi...naseb bek xde dasar aperteid kat Malaysia ni...banyak mugak lah yang aku mintak kerja semalam
tapi ada la beberapa kedai tulis "VACANCY"....ak dah nak masuk dah pastu keluar balik..sebab..

"CHINESE ONLY"

seperti biasa..senyum..xperlu kata apa2...tambah lagi menyirap bila masuk 1 kedai ni..byse la Toke dia Cina
kat lua terang2 tulis Vacancy..bila msuk..dia tengok aku n member ak skejap mcm kitorang ni ad benda yg xkena je..terus dia cakap "SORY,DAH PENUH LA"...senyum..xperlu kata apa2..
nak tau sebab apa...sebab kitorang perempuan pakai TUDUNG..

ishhh xbaik buruk sangka..

buruk sangka pebendanya...ak ngn member ak ad mintak kerja kat satu outlet tu..
pastu tanya2 la dgn pekerja kat situ pasal kerja ni..pekerja tu,lelaki..melayu
dia cakap 
"rasanya awak lagi better mintak kat jusco..sebab kat sini dia pilih perempuan TAK PAKAI TUDUNG"
see???...diskriminasi kan..

DIMANA KONSEP 1 MALAYSIA??






P/S : rasa2nya Dato' Najib kena pikir konsep lain pulak..sbb konsep 1 MAlaysia xcukup kuat lagi

Menang Contest!!!!

Entry nak jakon kan.....
biasa la baru first time menang even tempat ke3..heaven!!! haha
terubat la sikit hati ni kan sebab dah penat g renovate blog
w.pon xsecantik blog orang lain T_T
ni je la yang termampu..itupon rasa macam nak baling laptop kat dinding
sebab dah penat sangat + give up

thanks la tuan tanah ye (gadis) sbb dah menceriakan hati saya keh3
terasa dunia ini ana yang punya...

senyum!! xperlu kata apa-apa (sambil menyanyi)


tetiba ad dengar suara berkata2 :

"memang la xboleh kata apa2..dah aku ni kambing"


P/S : kecoh tol kambing,,1st time masuk blog

Sunday 15 May 2011

Entry Terkilan Yang Teramat Sangat

arini balik melaka semula sbb nak keje kat melaka
konon2 cari duit untuk semester depan..
punya la semangat nak balik..mak siap masakkan ayam masak cili api..sambal belacan pelam (favourite tau)
sampai je umah sewa campak beg..terus basuh baju yang minggu lepas xsempat basuh
pastu g call mak cakap dah sampai..xlupe jgk g call Mr.VIP bgtau dah sampai..

dah settle everything,terus nk g panaskan lauk..takot basi
pastu cari punya cari beg yang isi lauk drpd rumah

TAK ADA!!!

puas cari..cari sampai kat tempat mesin basuh hahaha..sungguh xlogik
kesimpulannya,rasanya tertinggal kat terminal masa nak tnggu bas
TERKILAN sangat2 ok..
kalau aku yang masak sendiri ak xkesah sangat
tapi mak aku yang masak..ak tengok mak aku yang tumbuk sambal belacan tu...pagi2 bangun sebab nak bawakkan aku bekal..
tapi bila sampai melaka ak xdapat nak merasa langsung
nak nangis tau tak...cengeng?? aku peduli apa..dah memang aku sedih
bertambah2 sedih bila teringat beriye2 mak aku pesan suruh panaskan lauk tu
tapi............. air mata dah start nak meleleh..

sedih sangat-sangat





P/S: sedih tengok mak punya semangat masakkan utk anak tp lastly anaknya sgt cuai.. :'(

Saturday 14 May 2011

Perempuan Ternoda--->Lelaki Sanggup Terima??

ide menulis entry ni datang daripada drama  NORA ELENA..drama tu adaptasi daripada novel KASIH YANG SUCI...novel ni boleh tahan jugak la best dia..
nora elena..adaptasi drpd novel ini

rumusan novel ni: nora elena ditinggalkan tunangnya hanya tinggal beberapa hari saja pernikahan diorang sebabnya tunang dia dapat tau yang dia dah tak suci..**dirogol..tunan dia xboleh terima so tunang dia pon sayonara..nora ni bkn sengaja xnak cakap tapi takut tunang dia xbole terima


secara logiknya mana-mana lelaki agak susah nak terima perempuan yang dah xsuci..kalau terima pon mungkin akan jadi bahan ungkit-mengungkit time gaduh..ak pernah jgk tny kat beberapa kawan lelaki aku sama ada diorang boleh terima atau tak perempuan yang dah xde dara sama ada dirogol@terlanjur..ni antara jawapannya..

Lelaki A : aku xboleh terima..sedangkan ak yang lelaki xpernah buat benda2 macm tu
Lelaki B: aku ok je sbb bg ak dara ni dah tak relevan lagi untuk masa sekarang 
Lelaki C : aku boleh terima kalau dia dah menyesal n dah bertaubat
Lelaki D : kalau dia buat sebelum dia kenal aku, ak boleh pejam mata dgn apa yg dia buat tapi kalau dia buat   masa tengah couple dgn aku,aku xboleh terima

kalau tanya perempuan pulak kebanyakan akan bagi jawapn ini :

Perempuan A : Ala lelaki pon ada jgk buat benda yg sama cuma malang bg org pompuan sbb lelaki boleh detect kalau dah xsuci tp kalau lelaki dah xsuci perempuan memg xdpt detect
Perempuan B : Sepatutnya lelaki terima je la sbb yg buat tu lelaki jugak..
Perempuan C: Kalau perempuan tu dah menyesal,lelaki patot beri peluang


terpulang la pada diri masing-masing untuk bagi jawapan apa...

patot ke perempuan berterus terang pada lelaki??lelaki boleh terima??kalau perempuan keep it as a secret,agak2 lelaki marah tak kalau dia dapat tau??agak2 perempuan akan kena ceraikan tak masa malam pertama??

lagi sekali..terpulang la pada diri masing-masing untuk bagi jawapan apa...


P/S: agak2 apa kan jadi kalau perempuan leh detect 'kesucian' lelaki? hehe





Suami Juga Boleh Mandul??

hari ni hari paling bosan sekali..tengok tv pon takde cite yg best...nak tak nak tengok la
wanita hari ini...topik dia SUAMIKU MANDUL..topik ni agak rare dibincangkan ye..
biasanya bila ckp mandul je mesti blame org pompuan kan..yg kelakarnya
penceramah tu cakap xmanis kita sebut MANDUL tp ckp la KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGHAMILKAN PASANGAN..memg topik yg menarik utk discuss..

w.pon penceramah tu lelaki tp dia sendiri yg ckp kebanyakan lelaki sgt EGO utk mengaku yg dia tu mandul.
kalau kahwin xdpt anak sume slh kan org pompuan "awk ni xguna jadi pompuan kalau xboleh mengandung.dasar MANDUL!!" **ok ni ayat reka sendiri hehe

w.pon peratus pompuan utk mandul tu lbih tnggi dr lelaki,tp lelaki juga ada risiko untuk mandul..jadi lelaki xboleh nak salahkan perempuan 100%..kalau dh kahwen 3 tahun xdpt anak pegilah check dgn doktor
tp bukn isteri je yg kne check tp suami pon patot kena check..byk sebab lelaki boleh mandul


lelaki mandul terjadi bila lelaki tak berupaya utk menhasilkan sperm
untuk disenyawakan dengan ovum **hebat tak dak akaun terangkan pasl bio?hehe

Antara faktor yang menyebabkan kemandulan :

1)tabiat merokok semenjak remaja
2)selalu terdedah kepada benda yang panas (e:g kerja welding)
3)stress
4)penggunaan laptop dan handphone

TETAPI
kalau ada pasangan yang belum dapat anak w.pon doktor sahkan kedua-duanya normal
anggap la tiada rezeki daripada Allah..Allah tak akan menjanjikan sesuatu itu melainkan yang mempunyai kebaikan..ada hikmahnya Allah tak memberikan sesuatu pasangan itu anak..mungkin pasangan itu tak bersedia lagi untuk menimang anak..atau mungkin Allah tahu yang pasangan itu tidak mampu menjaga dengan sebaiknya amanah (anak) tersebut..atau mungkin Allah tahu anak itu kelak tidak akan menjadi anak yang baik..wallahualam..hanya Allah saja yang tahu..sebagai manusia sentiasa la muhasabah diri n berdoa


P/S :nak adik kecik lg tp mak xnk bg...sedeh T_T

Thursday 12 May 2011

Kesian Nenek Itu....

smlm (11/5/11)ak blek dr melaka smpi la kt umh ak naik bas
3 kali naik bas tau...xmcm penat pulak kan
sampai bus stand ke 2 ad sorg nenek ni naik bas..lebih tua dari nenek ak..umur dia rasanya 70++ 
dgn tudung sarung,baju kurung,kain batik...bwk barang2
duduk sebelah ak...start la berbual2...ak tny duduk mana,dengan sapa
dia g bandar sorang2...naik bas sorang2..semata-mata nak beli ubat

sebak dlm hati ni tuhan je yang tau kan..
naik bas sorg2 dgn terketar2 sbb nk beli ubat.. 
hari ibu baru berlalu bape hari yg lepas kan..
ak teringin nak tny,anak2 xanta ke??

tapi xsanggup..lebih tepaat lg ak xlayak utk tny
ak ni cume org lua je....mungkin ank dia keje..atau mungkn dia xde anak atau dia xnk menyusahkan anak dia

ak harap 1 hari nanti bila mak aku dah tua macm tu
ak xbuat mak aku mcm tu..
sesibuk mana pon aku akan luangkan masa utk mak aku
ak akn make sure ayt "xnk menyusahkan anak2" xde dlm hidup parents ak..amin


P/S : harap orang lain pon mcm tu jgk...


Tuesday 10 May 2011

Contest: Dikau Yang Utama Bonda


join contest sbb exam dah habis...hahaha..sape nk join klik sini ye..
nak cerita pasal mak memg byk pahit n manis..kdg2 sllu ajar hati ni supya sentiasa bersedia yang bila-bila masa je mak kita akan pergi jgk...bkn nk mintak yg bukan-bukan tp mati itu pasti kan..cme kita tak tau bila sbb tu ak sllu ajr diri ak supaya sentiasa bersedia tapi boleh ke??? For Sure memg tak...

Kenangan 1

dulu masa kecik2 mak ak memg leh tahan garangnya..dulu biasa la kecik2 selalu gaduh2 degn adik2..
1 hari tu agknye mak ak dah fed up sgt dgn kitorg..hambek kau...kena hambat dua2..
sbbnye ak n adik ak berebut makanan..mak aku memang pantang kalau berebur makanan
apa lagi kena kejar ak n adik ak...mak aku kejar smbil bwk tali pinggang..
semangat hang tuah mana nth masuk dlm badan mak aku smpi boleh lari kuat+laju gile
bertempiaran ak lari ngn adik ak :)

Kenangan 2

tapi indah xselamanya indah...manis xselamanya manis
segar lagi dlm kepala ak..msetu ak kt rumh mkcik ak..sje stay sana mse cuti sekolah
tapi ad satu hari tu ak xsedap hati sgt2..asyik teringat mak ak..bukn pasl rindu..xtau la nk describe mcm mana perasaan tu..then,bila balik..mak ak panggil ak..dok berdua dgn dia
then mak ak ckp "doktor ckp ibu kena pnyakit *********..doktor ckp sakit tu xde ubat lagi"..
terasa dunia tu terhenti sekjap..ak xtau nk ckp ap..nak nangis tp air mata tak kelua..muka mak aku masa ckp tu tenang sgt..ak jadi takut..sejak tu ak ajar diri ak selalu jd takut..lagi2 bila mak ak sellu sakit..kdg2 tgn dia xde deria rasa lg..tapi mak aku kuat...dgn keadaan sakit2 pon dia still keje sbb utk bg kitorg makan..dugaan dtg bertimpa2..bila ayh ak eksiden..xdpt pegi keje utk bpe buln..mak ak xpernah mengeluh..dia pegi jgk keje w.pon gaji yg ad tak seberapa tp kejenye sgt terok...mak aku keje,keje n keje smpi dia tak pikir pasal diri dia..jari2 mak ak hmpir mati..hampir xberfungsi+dgn penyakit yg sedia ada....
ak pernah ckp "berhenti je la..org dgn adik2 kan dh besar"..tapi seorg ibu mmg degil kan..selalu utamakan anak-anak berbanding diri sendiri 

"kalau ibu berhenti,nanti xdpt la bagi ap yg along n adik2 nak"..
seorg ibu xpernah rasa sush utk anak-anak..ak pernh nampak mak aku menangis sbb pikir diri dia n keluarga
tapi xpernah menangis depan anak2..sampai mcm tu sekali nak jaga hati anak-anak
bila dah makin besar aku jadi trauma bila dgr mak aku selalu ckp

"nanti bila ibu xde,sapa nak uruskan kau semua..bila ibu dah xde,korang adik beradik jgn gaduh"

harap dijauhkan......


beliau tiada galang gantinya...

nak tag:
fifi
suzi
marliana
fatin
abg stalker

P/S : xmampu untuk menaip lagi

Tamat Jugak Riwayat

serius...sekarang ni tak tau ap yang ak aku rasa sekarang..

HEAVEN!!....sbb exam dh habis
TAKOT!!!....sebab kemungkinan utk fail n repeat paper sgt tinggi

ak cme mmpu berserah je..tapi aku rasa ak xcukup kuat lagi bile tgk result
dgn status subjek as a FAILED...

kalau fail utk benda lain ak xkesah sgt tapi bukan failed dlm exam
anak mana yg nak tengok mak ayh dia kecewa kalau ank dia bgtau

"ibu,ayah..orang failed dlm exam"

sape yg berani n kuat nak bgtau kat parents camtu??..cbe ckp



sangat depressed....

Monday 9 May 2011

Habit Believe It or Not ~Mr.Aksa


tajuk entry nak gempak kan..haha..sapa Aksa???..sapa lagi kalau bukan salah sorg banker aku...ayah aku la..sblm ni dh wat entry pasal ibu
so nak adil kena wat entry pasal ayah pulk..ingtkn nk tnggu hari bapa tp lama sgt 

**mcm En Aksa tu blh baca je kan..bpk ak ni mcm2 pantang larang yg kadang2 aku rasa xtau kat mana logiknya **ayah,sory bkn nk condemn tp cme nk cri jwpn hehe..

  •  Ayah Aku Susah Nak Kongsi Makanan Dengan Anak Dia

         contohnya,kalau aku dah rasa sikit makanan dlm managkuk,ayah aku tak kan cuit makanan tu..ni bkn pasal geli atau allergic..tp dh habit mcm tu..kdg2 terasa la jgk kan..smpi kdg2 terpikir kotor sgt ke aku ni? haha..ak perna gak tny, then selamba je ayh ak ckp "klu ank ngn ayh kongsi mkanan nnti ank2 jd degil"..cbe pkir kat mana logiknye tu?? haha biarkan..**xkongsi mkanan pon ank2 degil jgk.sape nk jwb tu?

  • Basuh Motor Pakai Berus Gigi n Sabun Mandi
masa 1st time ak tengok ayh ak basuh moto memg terlongo la ak kan..mcm2 instrumen yg dia kua kan
utk basuh sebiji moto..berus hitam..kain buruk..pengilat...BERUS GIGI..
yg lg special,basuh moto pakai sabun mandi..kat carwash pon pki sabun yg serbuk pny
xmcm special lak moto wave125 tu kan mandi pakai sabun FRUITALE..xmasuk lagi bila dia basuh moto habis sume body moto dy bukk..basuh rim moto pki berus gigi..hehe
ni rupa sabun fruitale..kot2 ad yg xtau..maklum la pki gel wash je kan :p


  • Pernah Pergi Kedai Pakai Baju Terbalik...kehkehkeh
ayah aku ni kadang2 kelam-kabut orangnye..lagi2 klu mak ak dah gesa suh g kedai
men belasah je kua tak tengok kiri kanan..ad satu hari tu ayh ak blik dari kedai..dr jauh dh tersengih2..
kitorg 1fmily dh pelik dah..apsal ngn org ni?..telek pny telek rupenye pki bju terbalik..siap ad org mintk nombor ekor lg sbb ayh ak pki bju terbalik kahkah..xtau ap motif bju terbalik dgn nombo eko

  • Ayah Aku Tak Bagi Jawab Salam Orang Kalau Dah Malam
agak2 paham tak ayat tu..maksudnya..kalau dh malam tu tetiba kalau terdengar org bg salam
ayh ak xbagi kitorg sume men terus jawab je..bysenya ayh ak tnggu 'org' tu bg salam 2,3 kali baru la kitorg jawab@menyahut..Reason??..kata ayh ak kadg2 yg bg salam tu bkn manusia..mle2 ak mcm xpcy tp bila dh byk kali kena bru la pcy..dgr ad org bg salam..pny la beriye2 jwab kan bila pegi kelua xde org..huhu scary


P/S : walau seberapa pelik atau kelakar habit ayah aku,ayh ak tetp ad habit or perangai yg sgt special buat kitorg satu family..ayh tak pernah berkata TAK utk permintaan ank2 dia..sama ad cept atau lambat je dy tunaikan..Along sayang ayah :)

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu---(Ibu Yang Garang+Baik+Brutal)

Teringat dulu time kecik2...Mak aku garang gile kot..sampai satu tahap ak selalu cakap kat diri aku
"kenapa la aku xdpt mak yang lain"..jahat kan aku..byse la budak2..otak pon kat lutut lagi
dulu ak panggil mak ak "MAK"..tapi ada satu hari tu ad sorg bdk kecik ni panggil mak dia "IBU"
ak tengok je bdk kecik tu berbual dgn mak dia dngn panggilan IBU...tetiba rasa best

ak pon balik umh dgn mengada-ngadanya panggil la mak ak "IBU"..haha..lekat la sampai sekrang
most of cousin ak pon panggil mak dia ibu..dr mak long ak smpi la mkck ak yg bawah2..
sume ank2 dia panggil ibu..tu la persamaan kitorg

nak compare skrg dgn perangai brutal mak ak mse ak kecik2 mmg sush kt..bile dh besar2 ni  mak ak dh slow sikit..klu mse ak keck2 ya Allah,tuhan je la yang tau..1perangai je yg lekat smpi sekrg..MEMBEBEL...haha..tp ak xkesh sgt..w.pon bingit wat xtau je la..anggp je la dia tgh bersyair..

KENAPA??
xpyh la nk merungut ke nak marah ke klu dgr mak membebel sbb 1 hari nanti kita sume akan rindu dgn suara membebel tu..bila ibu kita dah xde T__T..hargailah drpd sekrg

dulu masa ak kecik2 ak pernah main kejar2 dgn mak ak n adik aku..bukan kejar2 smbil ketawa2
tapi men kejar2 smbil mak ak bwk tali pinggang...berlari2 kat court sepak takraw
dulu ak ngn adik ak sellu gduh tu yg dpt habuan tu
ak pernah kena kurung kat luar masa tu dh pukul 12 tengah malam...punca yg sama jgk
takut tak takut la kan..dgn bunyi cengkerik..bnyi katak..bunyi angin
memg sesuai sgt masa tu nak wat cite hantu..

WALAU APA PON SAMA ADA KENANGAN PAHIT ATAU BURUK IA TETAP AKAN MENJADI KENANGAN PALING TERINDAH DALAM HIDUP..LOVE U IBU

mak saya :)

P/S : review untuk ayah tunggu hari bapa ea :)