Wednesday 14 December 2011

Staf Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)..Tak Professional!



 


Hari ni aku rasa aku la manusia paling berasap sekali..berapi2..dah la assignment menimbun..pening nak siap kan satu2..sampai tak sempat tengok Running Man..hehe

Hari ni aku pergi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nak beli Memorandum of Association(MOA) dengan Article of Association (AOA)..sapa belaja company law tau la benda ni..aku sampai SSM ni dekat2 pukul 4 macam tu..then pergi la jumpa staf dia ni yang uruskan pasal benda ni semua..

Staf ni pon tanya la nak company apa..na berapa..semua dia tanya la...then dia cakap "kejap ea..saya cari kejap"..mulut memang manis gila..senyum memanjang..senyum macam pakcik Mcd..orang tengok pun sejuk je hati..last2 dia keluar "sori la..kaunter dah tutup tadi..pukul 3.30"..

Pelik kat situ..tengok kaunter luar ramai je orang beratur..jam baru pukul 4..biasa office tutup pukul 4.30 atau pukul 5..tapi mungkin kaunter dalam yang tutup kot..bisik hati suci nurani

dengan tak putus asa pegi pulak terjah Kementerian Pengguna..usha2 situ kot2 ada benda alah MOA tu..tapi dia cakap kat situ ada..dia suh pegi SSM..dengan lurus lagi jujur kitorang cakap la dah tutup pukul 3.30..dia terkejut bila dengar..mana ada office tutup pukul 3.30..orang tu cakap,staf SSM tu memang macam tu..berlagak sikit..

Masa tu kitorang yang dengar ni berapi bukan kemain..macam Bezita dragon ball tu..nak bertukar mesti keluar api macam tu kan..macam tu la yang aku rasa..panas bukan kemain

patah balik pergi SSM dengan hati panas macam larva..nak jumpa balik dengan staf tu tapi dia dah balik..last2 pegi membebel dekat customer service dia..macam2 kitorang tanya..kenapa tipu? kenapa tak nak layan?...

customer service tu dah terkedu bila kitorang datang dengan ribut..last2 dia panggil staf dia yang lain untuk layan kitorang..walaupun masatu dah dekat pukul 5..staf tu try jugak cari kan..paling suka ayat dia "tak pe saya faham..saya pun pernah jadi student"..

Terima Kasih Puan Linda..



P/S : Hidup-hidup kena tipu macam tu je..

2 comments:

  1. biasala... manusia kan.. macam2 lar alasan kalau malas...hohohoh..sabar yer

    ReplyDelete
  2. sabar yer.. tipu dunia selamat, tp disana azab menati..

    ReplyDelete